Followers

Search This Blog

Tuesday 29 July 2008

pathalung bike week .pix by michi

jeff, akmar,mael,sham mk,zaihan,

Saturday 12 July 2008

Hatyai Bike Week

Ramai ahli kelab yang ke sana. Ada yang bawa kereta sendiri. dan ada yang bawa motor. dan ada yang bawa motor dan kereta sekali. Kali ini tak ada yang bawa lori. sebab semua yakin tak akan ada yang rosak. semua bike ok pergi dan balik.

Keon bawa merc dia siap dengan beacon light sekali escort di belakang. dan dia dengan honda sport bersama isterinya. Kean Ninja zxr 7 dan Ismail Vmax pulak naik Putra low ground hugger, Mamu gtr 14k dari N9 pun bawa prelude airbrush joint our group. Zaihan N750, AkmarEN500 , dan Azmi z100 pun naik kereta.. Yang lain bawa motor lah. aku tetap dgn EN 500(kawa cubcai) aku. Tommy yahama 650, Aseng dgn katana 650 Jeff honda huricane 1k. lagi sapa ha,,,Tazli R1 dan Zamel R6. Feroz dgn honda cbr 1k. tapi dia terpaksa balik awal sabtu kerana nendanya meninggal dunia di KL. Takziah untuk Feroz dan keluarga, Adik Feroz.Fazli masih lagi berhoney moon...maklumkan pelamin masih panas lagi.

Hari Jumaat pagi semua dah ada di Danuk. kecuali aku, Tazli , zamel dan feroz. kami pergi petang.

Aku bertolak dari rumah jam 3,30pm dan tiba di BKH jam 5.10pm. Selepas selesai urusan imigresen aku lepak di oscar hotel semalam semua berkumpul di situ tak mahu terus ke Hatyai. Kelab telah menyertai Hatyai Bike Week tahun 2007 tu lah sebab tak kalut sangat.

Sabtu 5 Julai 08 ,jam 12 semua berkonvoi ke Hatyai. Sakol merupa kan hotel kegemaran kami. dulu selalu tidur di Regency. tapi Sakol menjadi pilihan kerna pihak hotel dah kenal kami. booking pun tak perlu bayar duit,

Seronoknya kali ini, petang Sabtu jam 7pm semua naik tut tut ke Hatyai Bike Week tu...tak ada seorang pun bawa bike.

Ahad pagi setelah membeli sedikit oleh-oleh kami semua berangkat balik. berkonvoi dengan 7 bikers dari Manjung yang tidur di Sakol juga, Mamu and the gang awal-awal pagi dah balik.

Dalam perjalanan ke Danuk kami group menjadi besar kerana bersama dengan kumpulan bikers dari KL , macam-macam bike ada, Bimota, Ducati , KTM BMW dan banyak lagi, yang masih bau kilang pun ada.

semasa geng isi minyak di Changlun aku terus ke Alor Star dan bertemu dgn geng di Juru semula. Semasa berehat dan menghabiskan saki-baki candu rokok , tiba pula geng FBI tak ramai...untuk top up petrol dan berehat di Shell Juru.

Di Danuk nak semua kedai makan penuh dengan bikers . Ada bertemu sekumpulan motor klasik jenis Triumph , BSA dan banyak lagi. tak tanya pun mereka dari hatyai juga lah tu. Aku tak ada gambar nak bubuh kat sini sebab tak bawa camera, tunggu akmar fwd kan gambar lah,boleh upload here

Rumusannya bike week kali ini ok..dan meriah, Azmi kata tahun lalu tak ramai dan makanan banyak. tetapi kali ini penyertaan amat ramai tetapi makanan tak cukup.

Tahun lalu tak pergi. Kali terakhir ikut bike week di Thai ialah di Songkla 2005 bike week malam krismas. memang hebat...makanan pun banyak.

Wednesday 2 July 2008

HATYAI BIKE WEEK

Jom ramai-ramai pakat ride ke sana. 4-6 Julai 2008