Followers

Search This Blog

Monday 11 August 2008

Penang Bike Week

22 hingga 24 Ogos 2008 akan berlangsung satu lagi program bike week anjuran Mega Fortune Bike Penang. Sama-sama lah kita joint, tapi aku tak dapat ikut kali ini , kerana ada program lain, maklumlah musim cuti sekolah. Bagaimanpun kalau kerja habis hari Sabtu pun aku boleh joint juga.

Pendaftaran jangan risau. mesti ada punya. Tengok macam Hatyai Bike Week. Semua orang berebut-rebut daftar di Danuk, sebab takut baju habis. Bila sampai kat Hatyai City Park tempat berlangsungnya program alahai, banyaknya bajuuuuu.

KAWASAKI ER6N (CKD)


Bike ini sangat menarik, kecil, tangkas dan laju. Cuma bunyi enjin kureng sikit lah sebab 2 selindar. Tak sesedap bunyi 4 selindar macam z1000 atau .

Teknologinya canggih, enjinnya lebih kecil dari EN500 dan menggunakan suntikan bahanapi , sudah tentu menjimatkan minyak. Bahagian enjin pula tak nampak paip-paip air dan sebagainya, kerana semua bahagian di sorok dalam bahagian enjin. Dari luar enjin kelihatan ringkas dan padat. Dalam youtube post dari pengguna di barat jelas bike ini amat mudah naik melebihi 220km/j.

Harga CKD memang jauh beza dari CBU. Harganya mengikut Welly Batu Cave ialah 29K dan tempahan ialah 1k dan faedah pinjaman ialah 6%. selepas 4 bulan menunggu kena bayar lagi 6K boleh lah angkat bike tu keluar dari kedai. versi Naked sedang giat di pasang di kilang Kawasaki tempatan. dan mungkin versi F dan Versys juga akan di pasang secara CKD kerana bike ini mendapat sambutan yang baik di seluruh dunia.

Aku dah tempah sebiji di Welly Bike Batu Cave. bayar 1K untuk tempahan dan bila sampai motor tambah lagi 9K.