Followers

Search This Blog

Saturday 31 January 2009

Bike Week 2009 di Thailand

Bike Week February - March‏
From: This person is offline michi (michi_4896@hotmail.com)
Sent: Saturday, 31 Jan, 2009 11: 54 PM
To: michi@rideforpeace-bikers.com
Burapa Pattaya Bike Week : February 13 - 14, 2009
Venue : Soi Chaiyapruk, Pattaya
Contact : Atan +6012 931 7818
Email : locklaqchopper@gmail.com

Samui Pirates Charity Ride
: February 22, 2009
Venue : Na Thon Pier, Koh Samui
Website : Red Cross Charity Ride and OHM Cycles

ASEAN Family Rally : March 1 - 2, 2009
Venue : Hatyai Municipal Park

Khaolak Bike Week
: March 13 - 14, 2009
Contact : Damon +668 3389 8447

Phattalung Bike Week : March 21, 2009
Venue : Lampam, Pattalung
Contact : Tiew +668 1543 7569, Koy +668 4747 8762

Phuket Bike Week : April 9 - 12, 2009
Venue : Patong OTOP, Phuket
Website : www.phuketbikeweek.com

Ride For Peace


Thanks & Regards,

michi

Info berguna untuk bikers

Lulusan dua pusat kemahiran jadi pakar ubah suai jentera berprestasi tinggi


MINAT mendalam dan bakat dalam bidang pengubahsuaian motosikal menjadikan Mohd Nasir Mat Husin, 33, antara pereka dan pengubah suai motosikal berkuasa tinggi berpotensi di negara ini.


Bermula dengan minat membaiki motosikal sejak kecil dan akhirnya terjun ke bidang pengubahsuaian, mendorong Mohd Nasir untuk mempelajari teknik betul mengubah suai motosikal.

Mohd Nasir yang berkelulusan modifikasi motosikal dari Pusat Latihan Giat Mara dan automotif kenderaan dari Institut Kemahiran Mara (IKM), berkata pengajiannya itu ternyata banyak membantu dalam bidang diceburinya.

Baginya, rezeki tidak datang bergolek kerana dia menempuh pelbagai rintangan sebelum berjaya membuka kedai ubah suai motosikalnya sendiri, Boss Bikers di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Jun tahun lalu.

Malah, pengalaman 12 tahun dalam bidang mengubah suai motosikal juga banyak membantunya menghasilkan rekaan terbaik bagi memenuhi kehendak dan minat pelanggan.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah ada di kalangan golongan kenamaan mendapatkan khidmatnya seperti Konsul Kehormat Diraja Thailand, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Menurutnya, perkhidmatan utama ditawarkan di kedainya adalah pengubahsuaian motosikal berkuasa tinggi seperti Easyrider selain turut membeli dan menjual motosikal jenis sama.

Katanya, kebanyakan pelanggan yang datang memintanya mengubah suai motosikal mereka dan kos keseluruhan biasanya menelan belanja antara RM5,000 hingga RM30,000 bergantung kehendak pelanggan.

"Secara puratanya, saya dapat membuat pengubahsuaian penuh sebanyak tiga motosikal saja sebulan.

"Jumlah ini dikira berpatutan kerana saya hanya mempunyai dua pekerja mahir dalam mengubah suai motosikal," katanya ketika ditemui di kedainya, baru-baru ini.

Mohd Nasir berkata, kebanyakan rekaannya itu dihasilkan berdasarkan pengalaman bekerja di kedai motosikal terkenal seperti Mega Fortune dan Planet Cycle Greenland.

Dia yang juga penasihat bagi kelab Eight Heaven Bikers, berkata premis perniagaannya turut menjadi tempat pertemuan ahli kelab berkumpul untuk membincangkan program mereka.

Katanya, kelab dipimpin Alfian Rashdan, 33, itu aktif dan selalu menyertai Minggu Motosikal Berkuasa Besar yang dianjurkan sama ada di dalam atau di luar negara.

Selain itu, kelab terbabit mengadakan kenduri korban untuk masyarakat setempat sempena pelancaran Lead Bike milik Shazryl yang diubah suai sepenuhnya.

Motosikal Lead Bike yang diubahsuai menggunakan teknologi gentian karbon itu digunakan sebagai peneraju utama dalam Minggu Motosikal Berkuasa Besar yang diadakan di Thailand.

Mohd Nasir berkata, dia juga ingin memberi peluang kepada golongan belia lepasan Giat Mara dan IKM yang berminat dengan bidang berkenaan untuk bekerja dengannya.

Bagaimanapun, sesiapa yang tiada kelulusan juga boleh memohon asalkan mempunyai minat atau kreativiti kerana dia sendiri yang akan melatih mereka menjadi mekanik berjaya.

Mohd Nasir juga bercita-cita untuk membuka cawangan kedainya dalam tempoh dua tahun lagi bagi membuktikan anak Melayu juga berupaya berjaya walaupun tanpa pertolongan mana-mana pihak.

Wednesday 28 January 2009

RIDE KE JOHOR

Kelab akan merancang satu lagi ride ke 2 untuk tahun ini. Tarikh belum di tetapkan lagi...

Destinasi ialah Johor Baru, Desaru dan Tanjung Piai..

Tuesday 27 January 2009

Mengiringi Datuk Zahid Hamidi.

31 Januari 2009 Sabtu jam 9.00 pagi diminta semua bikers dapat berkumpul di tol Changkat Jering untu menyambut rombongan Datuk Zahid ke Bukit Gantang.

Majlis bersurai dalam jam 2.00 petang.

Tuesday 20 January 2009

Jalan-jalan ke Kota Baharu

Kelab akan membuat satu 'ride' ke Kelantan pada 7 dan 8 Februari 2009. Semua ahli akan berkumpul di gerai makan sebelah Stesen Minyak Petronas, Kamunting, Bergerak pada jam 8.30 pagi Sabtu.