Followers

Search This Blog

Thursday 28 May 2009

Program Motor 2009

Dear bikers,

Please forward it to all your bikers ~~~
โปรดส่งอีเมลนี้ให้เพื่อนของคุณทั้งหมดจักรยาน ~~~



Penang Bike Week
: June 19 - 21, 2009
ปีนังวีค : 19 - 21 มิถุนายน 2552



Hatyai Bike Week
: July 3 - 4, 2009
หาดใหญ่วีค : 3 - 4 กรกฎาคม 2552
Venue : Hatyai Municipality Park
ที่พบปะกัน : สวนสาธารณะเทศบาลนครหาดใหญ่



Suratthani Top Twin Bike Week
: August 7 - 8, 2009
Top Twin สุราษฎร์ธานีวีค : 7 - 8 ออกัส 2552


Venue : Camp Wiphawadi Dodge City Streets, Changwat Suratthani
ที่พบปะกัน : สนามเอนกประสงค์โรงพยาบาลค่ายวิภาวดี ถนนเลี่ยงเมือง จ.สุราษฎร์ธานี
Technician Contact : +668 3520 0449
ช่างติดต่อ : +668 3520 0449



Southern Big Bike Party 2009 - Nakhon Si Thammarat
: August 14 - 15, 2009
ภาคใต้ใหญ่จักรยานปาร์ตี้ - นครศรีธรรมราช : 14 - 15 ออกัส 2552
Venue : Gardeb Somdej ( Tha Slope, Muang Nakhon Si Thammarat )
ที่พบปะกัน : สวนสมเด็จ (ท่าลาด) อ.เมือง จังหวัด นครศรีธรรมราช



3 Nation Charity Ride - Penang, Malaysia
: September 26 - 27, 2009
สามเนชั่นกุศลขี่ - ปีนัง, มาเลเซีย : 26 - 27 กันยายน 2552



Malaysia Moto GP
: October 23 - 25, 2009
มาเลเซียมอเตอร์จีพี : 23 - 15 ตุลาคม 2552
Venue : Sepang, Malaysia
ที่พบปะกัน : กัวลาลัมเปอร์, มาเลเซีย



Hua Hin Bike Week
: December 4 -5, 2009
หัวหินวีค
: 4 - 5 ธันวาคม 2552



Chiang Mai Bike Week
: December 5 -6, 2009
เชียงใหม่วีค : 5 -6 ธันวาคม 2552
Venue : Sirinart Garden Hotel
ที่พบปะกัน : Sirinart สวนโรงแรมโฮเต็ล


Ride For Peace
ขี่เพื่อสันติ




Thanks & Best Regards,
ขอบคุณและด้วยความระลึกถึง,

michi

SECRETARIAT RIDE FOR PEACE
www.rideforpeace-bikers.com
MSN : michi_4896@hotmail.com
YM : michi_4896@yahoo.com
If you have a web site,ecemberd please consider including a link to rideforpeace-bikers.com on your site...

Saturday 2 May 2009

Boy cipta basikal chopper


Oleh Mohd Azis Ngah

azis@bharian.com.my


Boy (kanan) dan Azlan melakar reka bentuk basikal.

Sejak tiga tahun lalu, Ahma Saifuddin Yusuf sudah mencipta 15 jenis basikal kegemaran

SIRI televisyen 'American Chopper' memaparkan kisah Paul Teutul Sr dan anaknya, Paul Jr serta kumpulan pereka cipta, mereka yang mengubah suai motosikal berkuasa besar jenis Chopper, yang kini mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia.

Program itu memperlihatkan keupayaan berfikir, seni kreatif dalam mencari kepuasan serta mencapai impian keseronokan kumpulan itu yang dinamakan Orange County Choppers (OCC).


Itu cerita bagi yang berkemampuan, tiada masalah mendapat peruntukan, cuma perlu nyatakan keinginan dan lakukan, pasti hasrat akan termakbul. Tetapi apa terjadi kepada yang cukup berminat tetapi tidak mampu, cuma menelan air liur atau sekadar memasang angan-angan.

Di Malaysia, sudah pasti ramai mempunyai keinginan sama, tetapi berapa ramai yang berjaya memiliki motosikal kegilaan ramai itu. Namun, harus diingat kemahuan mengatasi segala-galanya, cuma perlukan ketekunan, ketelitian, kesungguhan serta sokongan orang di sekeliling.

Negara kita juga mempunyai ‘Malaysian Chopper’ tetapi bukannya motosikal tetapi menggunakan basikal yang diubahsuai menggunakan idea motosikal Chopper serta jenama lain.

Basikal chopper rekaan Boy.

Seorang anak muda, Ahma Saifuddin Yusuf, 29, atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Boy’ adalah peminat fanatik motosikal Chopper dan kini menterjemahkan minatnya dengan mereka cipta basikal Chopper berpangkalan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Memang pelik tetapi sangat menarik melihat kemampuannya yang kini sudah pun menyiapkan 15 buah basikal pelbagai jenis sejak tiga tahun lalu. Semuanya dibuat kerana minat dan sekadar mencari keseronokan jiwa anak muda.

“Saya memang cukup berminat dengan motosikal jenis Chopper dan Harley Davidson tetapi ia terlalu mahal dan nampak seolah-olah suatu yang mustahil untuk memilikinya.

“Kebetulan pula, saya berminat dengan rekaan kreatif dan melepaskan geram dengan mereka cipta basikal berasakan modul kedua-dua motosikal impian. Ideanya berkembang hasil dorongan kawan-kawan,” katanya.

Aktiviti hari minggu ahli Kelab Chikos Vatos Chopper menggunakan basikal yang dihasilkan Boy.

Hasil dorongan rakan karibnya, Azlan Saidin, 35, Amir Zakaria, 26, Aidi Azha Mohd Tahir, 30, dan Firdaus Yahya, 29, kini Boy menumpukan sepenuh masa kepada merealisasikan minat dengan bantuan dan sumbangan mereka.

Beliau hanya mengguna semula barangan terpakai dan ditokok tambah dengan produk tempatan yang diubahsuai mengikut kehendak pelanggan serta kreativiti mereka dengan mencuba menjadikan basikal itu seolah-olah ‘motosikal Harley Havidson’ atau Chopper.

“Saya mempunyai banyak idea, buat lakaran. Kawan-kawan banyak membantu, ada yang mengecat, mengimpal dan memberikan idea. Kami sering berkumpul dan mengayuh bersama,” katanya.

Selepas peminat basikal Chopper itu semakin ramai, Boy membuat keputusan menubuhkan satu kumpulan peminat basikal yang dinamakan Chikos Vatos Chopper (CVC).

Mengenai idea menamakan kumpulan itu, Boy menjelaskan ia mengenai kisah hidupnya yang membawa masuk budak kampung yang minat kepada motosikal jenama Chopper.

Nama Chikos merujuk kepada kampung asalnya iaitu Chikus, di Perak manakala Vatos pula merujuk kepada gelaran untuk budak kampung dan Chopper ialah motosikal berkuasa tinggi.

Bermula dengan sekadar suka-suka tetapi kini hasil ciptaan mereka semakin semakin mendapat perhatian dan tempahan termasuklah sebuah tempahan khas daripada sebuah hotel yang meletakkan basikal ciptaan Boy di lobi hotel sebagai tarikan.

Setiap basikal akan dijual mengikut corak dan jenis yang dikehendaki pelanggan. Kebiasaannya ia dijual pada harga RM800 ke atas tetapi secara puratanya ia melebihi nilai RM1,000. Semua pendapatan itu akan digunakan untuk membuat modal pusingan mendapatkan bekalan barang dan peralatan.

“Kos material sangat mahal, jadi kami beli dan ubah suai produk tempatan untuk disesuaikan dengan cita rasa orang muda dan pelanggan. Biasanya pelanggan kami gemarkan corak bertemakan jiwa orang muda, tema rock tetapi ada juga yang minat tema klasik.

“Saya akan habiskan masa sepanjang hari di bengkel untuk siapkan kerja dan lebih seronok jika kawan-kawan datang berkumpul di sini,” katanya yang tinggal bersebelahan bengkel basikalnya.

Jika tidak mempunyai tugasan khas, boy bersama rakan CVC akan mengayuh basikal istimewa itu di tengah kota Kuala Lumpur dan kehadiran mereka memang menarik perhatian umum. Ini memberi kepuasan tersendiri kepadanya kerana berjaya mempamerkan hasil kreativiti yang berfungsi elok.

PROFIL: Ahma Saifuddin Yusuf, 29, (Boy)

Asal: Kampung Chikus, Teluk Intan, Perak

Ayah: Allahyarham Yusuf jawi

Ibu: Ishah Abd Ghani, 67

Pendidikan:
1) Sekolah Kebangsaan Chikus, Teluk Intan, Perak (1987-1992)
2) Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak (1993-1995)
3) Sekolah Menengah Teknik Sri Iskandar, Bota, Perak, (1996-1998): Kejuruteraan Enjin.

INFO: Kumpulan basikal Chikos Vatos Chopper (CVC)

  • Chikos: Sempena nama kampung, Chikus.
  • Vatos: Panggilan untuk budak kampung, lelaki.
  • Chopper: Motosikal
  • Ahli CVC: 16 orang.
  • Umur: 17 hingga 53 tahun.

  • Tema dan jenis basikal ciptaan Boy
    1) Chopper
    2) Low Rider
    3) Springger
    4) Klasik corak 50-an.

    Aktiviti dan kerja sukarela:

  • Kutipan Tabung Amal Palestin Sempena Sambutan Hari Wilayah 2009. Bermula di Masjid Negara ke KLCC ke Bukit Bintang ke Titiwangsa ke Hotel Regency, Chow Kit.

  • Ekspedisi basikal di Kuantan Pahang, 15 November 2008.

  • Kegiatan mingguan - mengayuh berkumpulan, 6/38D, Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur.
  • Friday 1 May 2009

    Honda C70


    Bike klasik ini dikesan di sebuah bengkel kereta di Pekan Jelai Batu Kurau. Bike comel ini dimiliki oleh pemilik bengkel motor En Zaimi.

    Beliau telah membelanjakan hampir 4 ribu ringgit untuk mengubah suai bike comel ini.

    Baru-baru ini telah menyertai perhimpunan Vespa dan motor klasik di Kuala Kangsar pada 25 April 2009 baru-baru ini

    Esok 3 May 2009 bike comel ini boleh dilihat di Karnival Motor Taiping bertempat tapak karnival usahawan di tempat letak kereta stesen bas ekspress Kamunting Taiping.