Followers

Search This Blog

Showing posts with label KAWASAKI MOTORS (MALAYSIA). Show all posts
Showing posts with label KAWASAKI MOTORS (MALAYSIA). Show all posts

Saturday, 4 July 2009

Aktivi Mingguan Kawasaki

Jumaat lepas sewaktu balik dari Putra Jaya saya singgah di Kawasaki Shah Alam kerana servis pertama ER6 saya, Wah .lama tak ke sana semua sudah berubah. Ruang pameran, bilik menunggu yang berubah.

Pengurus pemasaran yang juga rakan biker telah memaklumkan satu aktiviti ride separuh hari bermulakan pada 5 Julai 12 Julai dan minggu-minggu seterusnya. Cara untuk menyertai program ini amat mudah. Anda hanya perlu menjadi pemilik Kawasaki dan diperlukan hadir di Kawasaki Malaysia beralamat Jalan Jurunilai, Persiaran Kerjaya Shah Alam. Di sana perbincangan dan taklimat akan diadakan dan menentukan destinasi konvoi hari itu. Balik masing-masing lah. Cukup menarik dan saya akan turut serta program ini minggu depan.

Berita gembira yang lain ialah konvoi motogp akan diteruskan tahun ini walaupun Kawasaki tidak bertanding dalam motogp pada tahun ini.

Berita gemberi juga untuk pemilik kawasaki ialah mengenai kembara merdeka 2009. Jika menjadi kenyataan sudah tentu ia amat meriah.

Ok bike siap di servis. Yang menariknya er6 ini ialah ia memerlukan 2 liter minyak enjin sahaja. (1.9 l) jumlah kos servis ialah RM 102.62.( ELF 10w40 RM 28.00 dan penapis minyak RM 46.62)