Followers

Search This Blog

Monday 20 April 2009

berita terkini







MOTOSIKAL berkuasa tinggi kini bukan lagi 'menumpang' di jalan raya seperti 20 tahun lalu, malah kehadirannya sentiasa menggamit perhatian pengguna lain sehingga kelajuannya hampir menyamai sebuah jentera lumba.

Berbekalkan teknologi terkini jentera dua roda, kebanyakan pengeluar motosikal dunia berlumba-lumba menghasilkan produk paling pantas di jalan raya.


Berikut adalah lima model motosikal yang diiktiraf sebagai terpantas di dunia. Motosikal paling pantas yang dicatatkan adalah daripada BMW menerusi model K1200S.

Jentera berkuasa itu hanya mengambil masa 2.8 saat untuk memecut daripada kedudukan pegun sehingga kelajuan 60 batu sejam (mph).

Dijana 167 kuasa kuda (hp), K1200S digerakkan enjin empat silinder, 1,157cc, 16 injap DOHC. Bagi menambah daya pecutan, enjin raja jalanan itu dilengkapi pengimbang balas yang dicondongkan ke posisi radikal 55 darjah membolehkan pusat graviti motosikal terbabit lebih rendah.

Sistem gantungan K1200S adalah sistem gantung motosikal paling canggih pada motosikal komersial apabila ia dilengkapi sistem gantung Doulever rekaan NormanHossack pada bahagian hadapan dan Sistem ParaLever di belakang.

Kedua-dua sistem berkenaan dibantu BMW ESA (Electronic Adjustable Suspension).

Jentera yang mampu menyaingi BMW K1200S adalah Ducati 1098. Jentera kelahiran Itali itu memiliki enjin 1099cc L-twin.

Dilancarkan pada 2007, Ducati 1098 yang memiliki 160 hp hanya seberat 173 kilogram (kg).

Fizikalnya yang ringan memberi kelebihan apabila diiktiraf sebagai motosikal mempunyai daya kuasa tork paling tinggi dalam kelasnya.

Tempat ketiga dihuni jentera Aprilia RSV Mille Factory dijana enjin V-twin 998cc yang dicipta syarikat pembuat enjin Austria, Rotax.

Model berkenaan berupaya menghasilkan 143 hp dan pernah menerima anugerah sebagai Masterbike of the Year pada 2006.

Pesaing kepada Aprilia adalah Yamaha YZF-R1. Jentera diperkenalkan pada 1998, motosikal berkenaan terus mengalami revolusi sehingga berjaya menghasilkan motosikal bertaraf perlumbaan, seterusnya meninggalkan pesaing senegaranya iaitu Honda, Kawasaki dan Suzuki.

Yamaha YZF-R1 adalah motosikal pertama menggunakan enjin 1,000cc dan kehadiran jentera berkenaan pada perlumbaan motosikal dunia berjaya melebarkan lagi penguasaan di jalan raya seluruh dunia.
Go to fullsize image
Jentera kelima yang tidak kurang hebatnya datang daripada Honda menerusi model CBR 1100 XX Super Blackbird.

Motosikal versi 'Sport-Touring' itu bukan saja pantas di jalan raya, malah menawarkan keselesaan maksimum ketika menunggang bagi perjalanan jarak jauh.

Versi Blackbird mula dihasilkan pada 1997 dan kali terakhir dikeluarkan kira-kira tiga tahun lalu.

Kejayaan Honda menempatkan diri dalam lima motosikal terpantas memberi saingan kepada pencabarnya, Kawasaki yang masih berusaha mencipta jentera mampu menewaskan kelima-lima model berkenaan.

No comments:

Post a Comment