Followers

Search This Blog

Tuesday 23 June 2009

er6n&er6f












Saiz kecil kuasa besar
Oleh Lokman Zainal Abidin
lockman@nstp.com.my



MOTOSIKAL ini ibarat cili padi. Walaupun saiznya agak kecil tetapi dengan enjin 649cc, siapa sangka ia mampu menghamburkan kuasa antara 70 hingga 80bhp.

Kawasaki ER-6n edisi 2009 nyata motosikal era baru yang kian mendapat tempat di kalangan peminat motosikal berkuasa besar, apatah lagi dengan reka bentuk yang elegan.


Sekali imbas, ER-6n edisi 2009 tidak banyak perbezaan berbanding edisi sama yang diperkenalkan Kawasaki sebelum ini.

Bagaimanapun, ramai tidak sedar paip ekzos di bahagian bawah enjin itu sudah dipotong sepanjang kira-kira satu inci.

Pengubahsuaian itu tidak terlalu ketara kerana ia langsung tidak mengubah bunyi yang dihasilkan.

Lampu utama, lampu sisi serta kedudukan meter ER-6n menjalani sedikit pengubahsuaian tetapi percayalah, ia tidak menjejaskan malah membuatkan peminatnya semakin kemaruk untuk memiliki edisi 2009 ini.

Reka bentuknya masih banyak yang serupa dengan ER-6n sebelum ini, cuma edisi 2009 menampilkan dua warna baru iaitu putih mutiara serta hitam metalik dan ternyata kedua-duanya menambahkan lagi keperkasaan jentera itu.

Ketika sesi pandu uji, saya diberitahu jentera edisi 2009 ini lebih berkuasa berbanding model sebelum ini kerana kotak udaranya diubah suai menjadi lebih besar.

Bagi merasai nikmat sebenar menunggang motosikal itu, saya menguji jentera itu di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban.

Memang benar, motosikal ini ada kelas tersendiri. Kuasa, keselesaan, gaya, kaedah pengendalian serta keselamatan model ini memang cukup memikat.

Ketika sesi ujian itu, kelajuan maksimum yang dicapai adalah 180 km/j dan saya yakin ia mampu pergi lebih laju kerana throttle masih berbaki.

Tidak sukar untuk ER-6n mencecah kelajuan 200 km/j bagi yang berani berbuat demikian.

Model ER-6n edisi 2009 tidak menghasilkan getaran yang tidak diperlukan walaupun ditunggang pada kelajuan tinggi kerana ia memiliki teknologi rubber mounts pada handlebar dan engine mounts selain penggunaan rubber-coated footpegs membantu mengatasi masalah berkenaan.

ER-6n edisi 2009 memang tidak akan mengecewakan pemiliknya dan jika anda mempunyai sumber kewangan yang stabil, inilah motosikal yang patut menjadi pilihan.



SPESIFIKASI KAWASAKI ER-6n

ENJIN: Sejukan cecair, empat lejang, dua silinder, DOHC, lapan injap

KUASA MAKSIMUM: 53.0 kW (72.0 PS) pada 8,500 rpm

TORK MAKSIMUM: 66.0 kW (6.7 kgf.m) @7,000 rpm

SISTEM BAHAN API: Suntikan, Keihin TTK38 X 2

SIS PENCUCUH: Bateri dan gegelung (dengan transistor)

TRANSMISI: Enam kelajuan manual

KERANGKA: Tubular, diamond

SUSPENSI DEPAN: Teleskopik

SUSPENSI BELAKANG: Lengan ayun

BERAT KERING: 200 kg

No comments:

Post a Comment