Followers

Search This Blog

Friday 21 August 2009

Jualan motosikal import diramal meningkat



SM Faisal SM Nasimuddin bersama motosikal Ducati Street Fighter diiringi Pengarah Operasi Kumpulan NAZA, SM Zulkifli SM Amin (dua dari kiri), Pengurus Besar Next Bikes Sdn. Bhd., Ahmad Rusly (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan NAZA, Al Jeffrey Ibrahim di Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 20 Ogos – Kumpulan Syarikat Naza, menerusi Next Bike Sdn. Bhd., yakin jualan motosikal import berkuasa tinggi akan meningkat sehingga 40 peratus sehingga penghujung tahun ini.

Tahun lalu syarikat tersebut berjaya menjual 150 motosikal dwi kegunaan, motosikal santai, motosikal jalanan dan motosikal klasik.

Malah Next Bike yang juga pengimport dan pengedar tunggal motosikal berkuasa tinggi Ducati dari Itali telah berjaya menjual 12 buah motosikal Ducati StreetFighter yang diperuntukkan untuk pasaran Malaysia tahun ini.

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Faisal SM Nasimuddin berkata, disebabkan permintaan yang tinggi terhadap model motosikal itu, kami terpaksa menunggu penghantaran kedua yang dijadualkan pada Februari tahun depan.

“Kita hanya diberi 12 buah Ducati StreetFighter untuk jualan berbanding 15 buah yang ditempah

oleh pembeli model tersebut dan ia habis dijual sebelum tiba di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran model Ducati StreetFighther - model motosikal pertama seumpamanya yang dilengkapkan dengan kawalan Traction.

Dijual pada harga RM141,000 dan RM163,000 (untuk model S) dilengkapi dengan 1,098 cc, berenjinkan silinder kembar L, lapan injap Desmodronic dengan penyejukkan cecair.

Menerima anugerah 10 motosikal terbaik dan dicalonkan sebagai Best Open Street Bike oleh Majalah Cycle World tahun ini.

SM Faisal berkata, mereka yang ingin mendapatkan model tersebut perlu menunggu sehingga Februari tahun depan kerana ketiadaan pengesahan lanjut berhubung berapa buah yang diperuntukkan bagi penghantaran kedua nanti.

Katanya, ini berikutan sambutan yang tinggi diterima terhadap model Naked Bike pertama Ducati selain jumlah pengeluarannya terhad untuk pasaran seluruh dunia.

Meskipun begitu, beliau percaya dengan keupayaan dan kebolehan syarikatnya yang berjaya menjual model-model Ducati sebelum ini, pihaknya akan mampu mendapatkan stok tambahan untuk pasaran Malaysia.

Beliau memberitahu, permintaan yang menggalakkan terhadap motosikal berkuasa tinggi sejak kebelakangan ini turut disokong oleh skim pembiayaan yang membiayai pinjaman pembelian sehingga 90 peratus.

“Margin pembiayaan yang tinggi memberi kesan besar kepada peminat motosikal berkuasa tinggi untuk memiliki model-model pilihan mereka dan ini membolehkan kami membawa masuk banyak pilihan motosikal terkini dalam pasaran,” katanya.

No comments:

Post a Comment