Followers

Search This Blog

Monday 6 July 2009

Bikers Club Pening Kepala Bulan Julai ini.

Hatyai bike week telah menjadi sejarah. Baju T tahun ini menarik daripada tahun lalu. tetapi nak pakai hari-hari segan sangat. Apa tidaknya ada gambar women topless.

Bab Bike Week di Malaysia pula, Bulan ni Terengganu Bike Week, Kelantan dan Melaka dibuat serentak. Perkara begini tidak berlaku di Thailand.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya semua Presiden Kelab kelab-kelab motor di Malaysia adakan perbincangan awal tahun. Dan lebih elok digabungkan semua kelab-kelab dibawah satu badan induk. Hari ini kelab masing-masing dengan agenda sendiri.

Perkara yang tidak disenangi seperti 3 nation charity ride. Pernah dibuat oleh satu badan di Malaysia ni dan berpusat di Ipoh. Di Ipoh pula terdapat beberapa kelab motor dan mereka tidak dijemput untuk melibatkan diri dalam jawatankuasa.

Tahun ini ia akan dibuat di Pulau Pinang pula. adakah kelab-kelab di sana dijemput untuk duduk semeja berbincang ? sama-sama kita tengok.

Kementerian Belia dan Sukan kena pantau dan membantu kelab-kelab ini

1 comment:

  1. Dalam MBC saya dah syurkan supaya semua kelab motosikal digabungkan di bawah satu bumbung. Nampaknya cadangan itu begitu payah direalisasikan. Sebabnya tiada siapa yang nak mulakan. Apa kata cikgu dan saya mulakan dulu di Taiping ni... Jadik?

    ReplyDelete