Followers

Search This Blog

Thursday 30 July 2009

JELAJAH NEGERI SEMBILAN

Kepada rakan rakan bikers diluar sana! Sila Ambil perhatian.
Pada tanggal 31hb Julai - 2hb Ogos 2009, satu program RIDE BERSAMA MENTERI BESAR, NS JELAJAH NEGERI SEMBILAN akan diadakan sempena dengan PD International Bike Fest 2009. Program yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia bersama Majlis Tindakan Pelancongan ini adalah bertujuan mempromosikan beberapa tempat pelancongan menarik yang sedia ada di NS. TM/MTPNS memerlukan seramai 150 bikers yang mana setiap kelab motor dari setiap pelusuk negeri hanya boleh menyenaraikan seramai 10-15 riders sahaja. Sebagai contoh terjahbikers 10 bikers, abc biker 10 bikers sehingga jumlah keseluruhan kepada 150 bikers.

Syarat-syarat menyertai Konvoi Jelajah NS bersama Menteri Besar NS adalah seperti berikut :-

1) Mesti ada Lesen B full atau 'L' B full
2) Kelengkapan keselamatan seperti jaket dan sebagainya
3) Helmet yang sesuai (helmet steng tak boleh) bagi motor easy rider
4) Motor yang berkuasa 500cc ke atas sahaja (bukan den set yo)


Ride ini ditaja sepenuhnya !!!!!!!

- petrol
- 2 helai t-shirt
- penginapan selama 2H1M
- makan

Oleh yang demikian, jangan lepaskan peluang ini bersama-sama kita menjayakan program ini. Di bawah ini den senaraikan sedikit aturcara pada hari tersebut nanti :-

31hb Julai 2009

800am : Registration di Royal Bintang Seremban
830am : Sarapan pagi bersama Menteri Besar Negeri Sembilan di Royal Bintang
900am : Flag off dari Hotel Royal Bintang

Sedikit informasi tentang laluan kita nanti :-

1) Flag off dari Royal Bintang Seremban
2) Jelebu
3) Hutan Lipur serting Ulu
4) Homestay Kg Lonek
5) Homestay Gemas (bermalam di sini)
6) Sukabumi Adventure Community
7) Pekan Rembau
Cool Homestay Pachitan
9) Eagle Ranch Port Dickson

No comments:

Post a Comment